Anggota Polis Cedera Dirempuh Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 6:08 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat korporal cedera di tangan dan bahu kiri selepas dirempuh penunggang motosikal dalam operasi bersepadu di Jalan Bangsar menghala ke pusat bandar Isnin malam.

Johan Mohd Mesbah kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiadan berada dalam keadaan stabil, kata Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, penunggang lelaki tempatan berusia 20an itu telah ditahan dan siasatan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol.

"Selepas keterangan diambil, beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan dijangka dituduh di Mahkamah Majistret, Jalan Duta esok (Rabu)," katanya.

Mengulas mengenai operasi sekatan jalan raya bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bermula pukul 9.30 malam dan berakhir tengah malam semalam, beliau berkata sebanyak 188 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya ini termasuk 18 saman atas kesalahan lesen tamat tempoh, 27 (tiada lesen), 28 (tidak menampal pelekat 'P'), 15 (tidak menampal pelekat 'L') dan 32 (nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi).

Selain itu, Mohd Nadzri berkata sebanyak 18 motosikal disita dan 23 waran dikeluarkan.

"Lima penunggang motosikal turut dikesan berada di bawah pengaruh alkohol,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Anggota Polis Dirempuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan