Selepas Bebas, Mangsa Culik Luang Masa Bersama Keluarga

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 8:42 AM

Thien tiba di rumah ibunya di Sandakan pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Thien Nyuk Fun, mangsa culik yang dibebaskan kumpulan penculik di Selatan Filipina, menghabiskan hari pertama pembebasannya dengan meluangkan masa bersama keluarganya.

Thien, 50, yang juga pengurus Restoran Ocean King di sini adalah antara dua yang diculik di premis itu pada Mei lepas.

Seorang lagi ialah pelanggan restoran, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak.

Tinjauan di restoran milik keluarga Thien di IJM Batu 6, di sini pukul 7 malam Isnin mendapati Thien berkumpul bersama keluarga dan turut berjumpa pekerja di restoran itu.

Restoran itu baharu dibuka selepas Restoran Ocean King tidak lagi beroperasi sejak insiden penculikan berkenaan berlaku.

Usaha menemu bual Thien tidak berjaya dan seorang ahli keluarganya memberitahu Thien ingin meluangkan masa dengan keluarganya.

Thien belum bersedia untuk ditemu bual, datanglah esok jika dia (Thien) mahu berjumpa dengan kamu, katanya.

Thien dibebaskan pukul 10 malam Ahad dan tiba di daerah ini kira-kira 7 pagi Isnin dengan menaiki bot dari Jolo di selatan Filipina.

Dia kemudian dibawa keluarganya untuk pemeriksaan di klinik swasta di sini.
Tags / Kata Kunci: mangsa culik , Jolo , Thien Nyuk Fun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan