Jakim Masih Relevan - Asyraf Wajdi

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 9:11 AM

Asyraf Wajdi Dusuki

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan I.S.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata untuk itu kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda mengugat kedudukan Islam di negara ini.

"Jakim masih relevan pada hari ini dan tidak ada siapa yang boleh menafikan peranan besar yang dimainkan Jakim dalam menyelaras hal-hal agama sejak ia ditubuhkan sehingga meletakkan Islam ke tahap lebih tinggi dan sistematik pada hari ini.

"Bahkan tugas Jakim pada masa kini lebih mencabar dalam menangani isu-isu global seperti Syiah, Islam liberal dan kumpulan militan I.S. yang sedang menular di negara-negara ini," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas artikel sebuah portal yang memetik kenyataan anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Ismail yang mahu Jakim dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Asyraf Wajdi berkata Jakim diwujudkan atas persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu agama rasmi Persekutuan itu terus dimartabatkan seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab memaktubkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia 58 tahun yang lepas.

Sejak Jakim ditubuhkan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, badan itu tidak pernah merentasi sempadan urusan peribadi seseorang, katanya.

Katanya umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada JAKIM untuk menangani pelbagai isu agama yang juga merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Jakim , Tawfiq Ismail , Asyraf Wajdi Dusuki

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan