Hanya Ahli Farmasi, Pengamal Perubatan Berdaftar Boleh Jual Cecair E-Rokok

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

"Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952. 

"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatanberdaftar dan perlu direkodkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan e-rokok pada Isnin.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Oktober lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusanuntuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape.

Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yangmengandungi nikotin.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan