SPAD Akan Usul Cadangan Pinda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 9:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengusulkan kepada kerajaan cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan pemandu teksi di negara ini.

SPAD dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia melibatkan semakan terhadap aspek-aspek kawal selia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik bagi industri teksi tanah air. 

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan tarikh ia akan diusulkan.

Selain itu, SPAD juga akan mengkaji peraturan-peraturan yang akan mengutamakan  pengguna, menyokong teknologi terkini dan inovasi yang mesra pengguna, menurut kenyataan itu.

Cadangan itu susulan daripada syor yang dikemukakan persatuan teksi dan pemandu-pemandu pada beberapa pertemuan yang diadakan dengan SPAD. 

"SPAD dengan ini memberi jaminan kepada industri teksi bahawa kami akanmencari jalan  penyelesaian dalam jangka masa terdekat bagi mengatasi isu-isu yang diketengahkan dalam usaha  menaik taraf industri pengangkutan awam darat diMalaysia," kata kenyataan itu.  

Sebelum ini,  kerajaan mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia  (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara.

Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan