Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 25 November Ini

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Isnin, dilanjutkan sehingga 25 November ini, berkuat kuasa mulai 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung yang masuk fasa ke-31 itu merangkumi tujuh daerah di kawasan pantai timur Sabah, melibatkan jarak tiga batu nautika.

Daerah terlibat ialah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, para penyelidik antarabangsa, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

"Kita mahu pastikan ancaman penculikan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina dapat dihindarkan kerana maklumat mendedahkan kegiatan 'Kidnapping For Ransom' (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh unutk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata lanjutan perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasa memantau pergerakan bot yang mencurigakan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Katanya, keputusan melanjutkan perintah berkurung itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Menurut beliau, kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan ataubagi laluan yang mendesak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Esszone , perintah berkurung

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan