Pasangan Suami Isteri Meninggal Dunia Hari Yang Sama

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas berkongsi hidup selama 80 tahun, pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia pada hari yang sama.

Tai Hong Hee menghembuskan nafas terakhirnya beberapa jam selepas isterinya, Chang Siew Lian meninggal dunia di sebuah hospital di Segamat, Johor pada pagi Ahad.

"Kami tidak pernah menjangkakan bahawa cinta ibu bapa kami begitu mendalam. Mereka meninggalkan kami selang 10 jam," kata salah seorang anak lelaki Tai, Hak Nee kepada China Press.

Chang, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah malam Ahad akibat strok manakala Tai, 86, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya kira-kira 10.30 pagi Ahad pada hari yang sama.

Tempoh kematian itu seolah-olah luar biasa kerana pasangan tersebut sentiasa bersama-sama sejak Chang diterima keluarga Tai sebagai bakal menantu perempuan ketika berusia empat tahun.

Pasangan itu berkahwin ketika Chang berusia 18 tahun dan mereka dikurniakan enam anak lelaki dan empat anak perempuan.

"Ibu dan bapa saya sentiasa menghabiskan masa bersama-sama, sama ada makan atau menonton televisyen berdua.

"Setiap kali ibu saya mahu keluar, bapa saya akan menghantarnya setiap masa," kata Hak Nee.

Semasa zaman muda mereka, Hak Nee berkata bapanya tidak pernah terlupa untuk membelikan hadiah kepada ibunya setiap kali pulang dari lawatan kerja.

Salah seorang anak perempuan mereka, Siew Khim, yang juga Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily berkata ibunya sentiasa memberi sokongan kepada bapanya selama ini.

"Nenek saya terlalu sayangkan ibu saya. Mungkin perkahwinan ibu bapa saya tidak semuanya sempurna tetapi mereka tinggal bersama dan kekal menyayangi satu sama lain selama 80 tahun. Ia bukan mudah," katanya.

Sebelum itu, Tai mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas dan doktor mengesahkan tiga saluran arterinya di bahagian jantung tersumbat pada 30 Oktober lalu.

Ahli keluarga memutuskan untuk tidak melakukan pembedahan berikutan faktor usianya.

Chang yang bimbang mengenai keadaan suaminya, terjatuh di kediaman mereka pada hari yang sama dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pasangan itu kemudiannya dibenarkan keluar hospital serentak.

Namun, Chang terkena serangan strok di rumah beberapa hari kemudian dan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebelum disahkan meninggal dunia.

Hak Nee berkata bapanya mahu sentiasa melawat ibunya di hospital tetapi keadaan jantungnya yang lemah pada waktu itu menghalangnya untuk berbuat demikian.

Mereka tidak dapat melihat antara satu sama lain buat kali terakhir, katanya.

Tags / Kata Kunci: warga emas , suami isteri , meninggal dunia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan