'Jika Suu Kyi Menang, Kami Boleh Pulang' - Rakyat Myanmar

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 11:02 AM

Penyokong Suu Kyi meraikan kejayaan beliau pada pilihan raya kecil tahun ini.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rata-rata rakyat Myanmar dan warga Rohingya di sini mengharapkan pilihan raya yang adil dan percaya ia akan membawa perubahan positif kepada negara mereka.

Aye Min Oo, 31, seorang penyelia pembinaan berharap pilihan raya umum di negara mereka tidak akan dicemari dengan insiden keganasan.

Aye berkata dia menyokong Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi kerana 'beliau lebih menjaga kebajikan dan mendengar permasalahan rakyat'.

"Ini detik bersejarah untuk rakyat di negara kami dan saya berharap saya boleh berada di sana menjadi sebahagian daripada peristiwa yang boleh membawa perubahan kepada negara saya," katanya.

Seorang pekerja di agensi pelancongan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 44, berkaya dia masih ingat peristiwa yang disusuli pilihan raya umum 1990 di negara kelahiranya.

"Saya berdoa agar keputusan pilihan raya umum kali ini akan dihormati," katanya yang merupakan penyokong kuat Suu Kyi.

Seorang lagi warga Myanmar, Min Min, 32, berkata agak sukar baginya untuk mendapat pekerjaan di negara asing dan berharap Suu Kyi boleh membantu rakyatnya mengatasi masalah ini.

"Saya harap beliau menang. Beliau akan membawa perubahan, kebebasan kepada rakyat untuk bekerja dan mengurangkan cukai," katanya.

Sekiranya perkara itu berlaku, Min Min berkata dia akan kembali ke tanah airnya.

Seorang fasilitator dalam komuniti Rohingya yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim berkata Suu Kyi 'memahami kami' dan percaya pemimpin wanita itu boleh membantu masyarakat tersebut.

"Sebaik sahaja berlaku perubahan di Myanmar, saya boleh kembali bertemu dengan ibu bapa saya yang tidak pernah saya jumpa selama 20 tahun," kata lelaki berusia 45 tahun itu.

Tags / Kata Kunci: Aung San Suu Kyi , NLD , Myanmar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan