Runtuhan Tanah Kecil Punca Kesesakan Di Cameron Highlands - Berita Semasa | mStar

Runtuhan Tanah Kecil Punca Kesesakan Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 6:05 PM

Foto: SAIFUL BAHRI/The Star

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Hakisan tanah di beberapa kawasan di sepanjang Jalan Tapah- Ringlet menyebabkan lalu lintas sesak selama enam jam apabila beberapa batang pokok, tanah serta batu-bata jatuh ke jalan raya.

Menurut seorang pemilik gerai di lokasi kejadian,Jamil Din, 38,  kesesakan bermula seawal 8.30 pagi pada hari Isnin.

"Hakisan itu menyebabkan tanah jatuh ke atas sebuah lori  tangki minyak, menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal. Pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Jamil.

Jamil berkata, hujan lebat pada malam sebelumnya menyebabkan kejadian ini berlaku.

"Hujan malam tadi agak lebat bermula kira-kira pukul 11 malam," katanya.

Kira-kira pukul 2.30 petang Isnin , aliran trafik mula bergerak perlahan-lahan.

Difahamkan, usaha untuk membersihkan sebahagian jalan yang tertutup itu giat dijalankan.

Tags / Kata Kunci: Tanah runtuh , Cameron Highlands
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan