Remaja Lelaki Menari 'Atta Kavadi' Dapat Pengiktirafan

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 1:59 PM

V.Selvanayagam melakukan tarian tradisional masyarakat India dikenali sebagai 'Atta Kavadi'.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keberanian seorang remaja lelaki melakukan tarian tradisional masyarakat India dikenali sebagai 'Atta Kavadi' dengan mengimbangi satu objek di atas kepala yang dipanggil 'Kavadi' sambil menaiki pentas setinggi lima meter, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR).

V.Selvanayagam, 13, yang menceburi bidang tarian tradisional masyarakat India sejak berumur lima tahun itu, mula mempelajari dan menjalani latihan tarian Atta Kavadi sejak tahun lepas.

"Atta Kavadi berbeza dengan tarian lain yang saya pelajari kerana ia memerlukan kestabilan badan, kekuatan tumpuan serta fikiran," katanya ketika ditemui di sini malam Sabtu.

Terdahulu, Selvanayagam memulakan tarian itu dengan mengelilingi pentas  sambil diiringi mainan muzik oleh sekumpulan lelaki.

Turut menyaksikan tarian itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas dan Pengurus Besar MBR Helilia Juana Hashim.

Pada majlis sama, Selvanayagam menerima sijil pencapaian rekod itu daripada Helilia Juana.

'Atta Kavadi' yang berasal dari India merupakan tarian sambil memikul dibahu atau mengimbangi objek di atas kepala yang dikenali sebagai 'Kavadi'.

Selvanayagam berkata untuk menaiki pentas yang tinggi sambil menari tarian itu adalah sesuatu yang mustahil, jika ia dilakukan tanpa menjalani sebarang latihan.

"Tidak semua orang boleh berjaya, satu kesilapan kecil untuk menaiki  ketinggian 15 kaki pasti akan membahayakan nyawa anda.

Jika anda mempunyai amalan yang betul dan guru yang baik seperti ayah saya, maka anda boleh melakukannya juga," katanya.

Selvanayagam, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh berkata beliau mempelajari tarian tradisional India itu di sebuah akademik tarian bapanya A. Iruthiyam Sebastiar, 45, yang juga penasihat di akademi berkenaan.

"Ayah saya telah meraih banyak kejayaan dalam tarian tradisional India. Saya mahu jadi sepertinya dengan membina satu nama dalam bidang ini kerana menari ialah hobi saya," katanya.

Sementara itu, Iruthiyam berkata beliau akan meluangkan sedikit masa untuk mengajar Selvanayagam tarian 'Atta Kavadi'.

"Dalam sehari, saya akan melatih Selvanayagam dua hingga tiga jam. Semasa latihan dia tidak pernah melakukan tarian ini sehingga ketinggian 15 kaki tetapi hanya mencapai ketinggian lapan kaki.

"Saya bangga kerana hari ini dia dapat menari sehingga ketinggian 15 kaki. Apa yang berlaku hari ini adalah berkat keazaman serta usahanya selama ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan