Polis Mahu Rekod Kenyataan Anak Azmin Ali - Berita Semasa | mStar

Polis Mahu Rekod Kenyataan Anak Azmin Ali

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis akan merekodkan kenyataan anak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada Isnin berhubung perhimpunan Bersih 4.

Arahan polis itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan bapa kepada remaja berusia 15 tahun itu yang dijadual akan menduduki peperiksaan di sekolahnya pada hari yang sama.

Paparan skrin Twitter milik Azmin Ali.

Menerusi Twitter, Timbalan Presiden PKR itu berkata polis mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bagi merekodkan kenyataan anaknya berhubung perhimpunan tersebut.

Azmin berkata, anaknya diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 10 pagi esok (Isnin).

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno. Syukur anak saya Basheer berani," tulis Azmin.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Bersih 4
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan