Pusat Penyelarasan Data Keselamatan Jalan Raya Serantau Perlu Dibangunkan - MIROS

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat penyelarasan data dan maklumat ASEAN berkaitan keselamatan jalan raya perlu dibangunkan bagi mencapai sasaran kumpulan serantau berkenaan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut sehingga 50 peratus menjelang 2020.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata pusat itu penting untuk menyelaras dan mengadakan piawaian data kemalangan jalan raya.

Katanya, ini adalah kerana butiran data berkenaan merupakan penanda aras kepada statistik kemalangan yang seragam serta lebih jitu untuk ASEAN.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tanggungjawab MIROS yang telah dipilih oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-21 yang diadakan baru-baru ini sebagai antara agensi untuk mempromosi keselamatan jalan raya di rantau ASEAN.

Wong berkata dengan adanya pusat serantau itu, ia akan memudahkan usaha semua pihak yang terlibat dalam inisiatif berkenaan memandangkan ia membabitkan 10 negara anggota.

"Kita sedia maklum kondisi persekitaran serta polisi mahupun kaedah yang diguna pakai di setiap negara adalah berbeza, maka keperluan untuk saluran yang lebih formal dan berstruktur bagi melaksanakan usaha itu secara berkesan amat diperlukan dan ini boleh dilakukan oleh pusat penyelarasaan data itu," katanya.

Beliau berkata selain itu, anggota ASEAN perlu mengadakan keseragaman dalam definisi maut dalam kemalangan.

Contohnya di Malaysia seseorang yang terlibat dalam kemalangan dan dirawat di hospital dalam tempoh maksimum 30 hari serta meninggal dunia diklasifikasikan  sebagai kematian akibat kemalangan.

"Sementara terdapat negara anggota ASEAN yang waktu anggaran mereka hanya dalam tempoh 24 jam atau tujuh hari," katanya.

Justeru beliau berkata, jika aspek berkenaan tidak diselaraskan, ia akan menjadi ralat yang mempengaruhi keberkesanan kajian untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Wong berkata dengan adanya sebuah platform penyelarasan data, ia akan menjadi pusat maklumat keselamatan jalan raya sebagai sumber utama bagi negara anggota merujuk, menilai atau mengkaji keberkesanan setiap dasar sebelum diguna pakai di negara masing-masing.

"Malah pusat penyelarasan itu nanti turut menjadi sumber utama kepada institusi pendidikan seperti di universiti bagi mengembangkan pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya serta risiko kemalangan yang perlu diambil perhatian," katanya.

Beliau berkata selain itu, tidak semua negara anggota yang memiliki institusi khas berkaitan penyelidikan keselamatan jalan raya.

"Maka MIROS bertanggungjawab berkongsi kepakaran sedia ada dan seterusnya mereka (anggota ASEAN) yang akan melaksanakan mana-mana pendekatan yang bersesuaian di negara masing-masing," katanya.

Wong berkata tanggungjawab MIROS adalah sebagai agensi yang memberi galakan dan memberi pengetahuan mengenai isu berhubung aspek keselamatan jalan raya dalam kalangan negara anggota ASEAN. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ASEAN , data keselamatan , jalan raya , MIROS

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan