"Balik Tongsan" Gurauan Mesra - Azeez

Diterbitkan: Ahad, 8 November 2015 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenyataan "balik tongsan" yang ditujukan kepada ahli Parlimen pembangkang adalah sebahagian daripada gurauan mesra, kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menerusi panggilan telefon kepada The Star dari Mekah, Abdul Azeez berkata, beliau beberapa kali dipanggil "tambi" dan "mamak" dalam Dewan Rakyat tetapi tidak mengambil kisah mengenainya.

Pengerusi Tabung Haji itu berkata sudah diketahui umum bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

"Rakan-rakan saya dalam media semua bahasa juga tahu hubungan baik saya dengan semua orang dan mereka pasti boleh memberi jaminan bahawa saya tidak bersifat perkauman," kata Abdul Azeez.

Abdul Azeez berkata, beliau telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau selepas diarahkan untuk berbuat demikian oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tambahnya, beliau bimbang dengan persepsi yang mungkin timbul akibat daripada laporan akhbar mengenai kenyataannya.

Abdul Azeez membuat kenyataan "balik tongsan" di Dewan Rakyat pada Rabu selepas dia diganggu oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan