Vaksin Mampu Selamatkan Nyawa Anak Anda - Pakar Kanak-Kanak

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 9:15 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wabak penyakit boleh meragut nyawa ratusan atau ribuan kanak-kanak sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia menolak pemberian vaksin, kata Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Datuk Dr Amar Singh.

Memiliki pengalaman sebagai seorang doktor dan pakar kanak-kanak selama 27 tahun, beliau melihat pelbagai kemudaratan disebabkan wabak penyakit.

"Demam campak adalah salah satu pembunuh terbesar di kalangan kanak-kanak di dunia," katanya ketika menjawab kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bilangan kes seperti itu di negara ini meningkat tiga kali ganda.

Menurut kenyataan itu, setakat September lalu, terdapat 602 kes jika dibandingkan dengan 235 kes pada 2014 dan 195 (kes) pada 2013.

Dr Amar berkata jumlah kematian akibat demam campak agak sedikit kerana faktor pemakanan yang baik.

Namun, katanya virus tersebut masih membimbangkan terutamanya di kalangan masyarakat Orang Asli dan kanak-kanak di kawasan pedalaman yang boleh terjejas teruk sekiranya wabak penyakit tersebar kerana mereka tidak mengambil makanan berkhasiat seperti kanak-kanak lain.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes tersebut disebabkan kanak-kanak tidak mendapat imunisasi.

Katanya, lebih separuh daripada mangsa demam campak pada tahun lalu dan tahun ini tidak mendapat imunisasi.

Dr Noor Hisham berkata antara sebab mereka tidak mendapat imunisasi adalah ibu bapa kanak-kanak itu terlupa untuk melakukannya atau mereka terlalu sibuk, mereka tidak fikir demam campak suatu penyakit serius, mereka menolak vaksinasi atau mereka percaya kepada homeopati dan naturopati sudah mencukupi.

Pada masa sama, Dr Amar menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan di kalangan ibu bapa yang menolak pemberian vaksin terhadap anak mereka sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, tindakan itu ibarat 'membuka pintu' kepada lebih banyak penyakit kembali dengan cara lebih luas.

Selain demam campak, doktor turut melihat lebih banyak kes pertusis (batuk kokol) dan bimbang penyakit polio boleh kembali.

Katanya, ramai di kalangan kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut manakala sebilangan besar pekerja asing di sini juga tidak diberi suntikan vaksin.

Beliau berkata, kanak-kanak boleh mengalami kerosakan otak dalam kes pertusis kerana batuk tanpa henti boleh menyebabkan otak mereka mendapat oksigen yang tidak mencukupi.

“Setiap ibu bapa menolak pemberian vaksin terhadap anak mereka akan memberi riskio kepada kanak-kanak lain.

"Vaksin adalah alat kesihatan awam paling berkesan dalam mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak," kata Dr Amar.

Tags / Kata Kunci: vaksin , demam campak , pertusis , Dr Amar Singh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan