Maklumat Baharu Buktikan Kilang Lynas Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 1:50 PM

Amanda Lacaze.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Maklumat baharu mendapati radiasi tahap rendah yang terhasil dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang terletak di Gebeng di sini adalah selamat, kata Ketua Eksekutifnya, Amanda Lacaze.

Data yang dikumpul syarikat pihak ketiga dalam tempoh empat tahun lalu, menunjukkan pelepasan gas berbahaya kilang itu adalah antara 87% dan 98% dibawah paras yang dibenarkan, manakala sukatan kualiti efluen jelas ketara dibawah had yang dibenarkan.

Lacaze yang dipindahkan ke Kuantan bersama beberapa eksekutif utama yang lain berkata syarikat itu bertanggungjawab terhadap keselamatan 750 kakitangan di kilang tersebut.

Katanya, syarikat itu telah melakukan kajian terhadap sama ada sisa buangan kilang itu boleh digunakan sebagai baja kerana mempunyai sifat kimia yang sesuai untuk pertanian.

Ditanya apa yang syarikat itu akan lakukan sekiranya sisa buangan itu tidak sesuai untuk baja atau didapati sebagai sisa radioaktif, Lacaze berkata beliau tidak akan berbual mengenai teori.

"Bagaimana seandainya, bagaimana seandainya, bagaimana seandainya. Orang suka bercakap mengenai teori, tapi maklumat menunjukkan ia tiada kesan radioaktif," katanya dalam satu ceramah pada persidangan Malaysian Rare Earth di sini.

Penasihat Keselamatan Radiologi Lyons Corp, Prof Ismail Bahari berkata syarikat itu telah melabur sebanyak RM50 juta terhadap peralatan untuk meneutralkan sebarang keasidan, logam atau bahan tercemar daripada sisa itu.

Beliau berkata RM75 juta lagi dibelanjakan terhadap sistem rawatan pelepasan udara dan membersihkan asid sulfurik berbahaya dalam gas.

"Kami melakukan tiga penilaian radiologi untuk memastikan tiada pelepasan sinar radioaktif susulan. Data kami menunjukkan tahap pengeluaran adalah lebih rendah daripada yang kami ramalkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Amanda Lacaze , Lynas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan