Krisis MIC Dijangka Tamat Dengan Kepimpinan Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 7:14 AM

Perdana Menteri Najib Tun Razak hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-67 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Jumaat. Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) menang jawatan Presiden MIC manakala Datuk S.K Devamany (kiri), Timbalan Presiden MIC. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pemilihan semula MIC pada Jumaat bakal menamatkan krisis dalaman yang melanda parti itu selama 11 bulan.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang menang tanpa bertanding jawatan presiden sebelum ini, memang berharap barisan kepimpinan baharu akan meremajakan parti serta bersiapsiaga menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pemilihan semula itu yang diadakan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-67 bermula petang Jumaat menyaksikan keputusan yang memeranjatkan dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri S.K Devamany menewaskan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan yang telah diuar-uarkan bakal memenangi jawatan itu.

Devamany meraih 698 undi manakala Saravanan memperoleh 681.

Dua bekas Ketua Pemuda Datuk S.A Vigneswaran (1,141 undi) dan Datuk T.Mohan (1,138 undi) dan bekas Bendahari Agung, Datuk Jaspal Singh (1,072 undi) pula dipilih sebagai naib presiden baharu parti itu.

Ketua Penerangan MIC, V.S Mogan kecundang dengan hanya memperoleh 768 undi.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan mendahului barisan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dengan memperolehi 1,145 undi, diikuti G.Kannan (1,109) dan V.Elango (1,108).

Sebanyak 44 calon bertanding untuk 23 jawatan CWC.

Kesemua keputusan pemilihan semula diumumkan oleh Dr Subramaniam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Sebanyak 1,389 perwakilan mengundi dari pukul 9.10 sehingga 11.30 pagi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini.

Ketika ditemui pemberita, Devamany berkata beliau akan membantu presiden mengembalikan keyakinan masyarakat India terhadap MIC.

"Saya juga akan bekerja untuk memartabatkan imej parti dan mentransformasikan parti berusia 69 tahun ini," katanya.

Beliau juga berikrar akan terus memperjuangkan nasib komuniti India dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Saravanan pula berkata beliau akan bekerjasama dengan barisan kepimpinan baharu bagi memperjuangkan kebajikan masyarakat India di negara ini.

"Saya akur dengan kekalahan saya dan menghormati keputusan delegasi," katanya.

Mohan pula berikrar untuk memberi tumpuan dalam memperkukuhkan kedudukan parti sebagai satu langkah menarik perhatian masyarakat India.

"Saya akan bekerjasama dengan pucuk pimpinan yang cukup hebat untuk mengembalikan kegemilangan parti MIC," katanya.

Vigneswaran pula menyeru calon yang telah gagal supaya merapatkan barisan dengan terus memberi sumbangan kepada masyarakat di bawah pimpinan Dr Subramaniam.

"Saya harap jangan sampai ada calon-calon yang gagal hari ini tidak lakukan kerja dan tidak mahu menjadi aktif dalam arena politik," katanya.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membatalkan pemilihan 2013 kerana didapati wujud salah laku dalam proses pemilihan dan melantik CWC 2009 untuk mengadakan pemilihan semula itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pemilihan MIC

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan