Peniaga Vape Minta Pihak Berkuasa Rangka Garis Panduan

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masih terkesan dengan operasi serbuan di premis vape di seluruh negara pada Khamis, peniaga produk tersebut mahukan 'bimbingan' daripada pihak berkuasa berhubung cara bagaimana mereka boleh menjalankan perniagaan tersebut dengan lancar.

Namun, mereka tidak mahu melihat kawalan ketat dikenakan terhadap perniagaan yang semakin popular itu yang dikatakan mempunyai potensi mencecah bilion ringgit.

Dengan pengetahuan yang terhad mengenai cara untuk mengendalikan perniagaan itu,  Malaysian Vape Chamber of Commerce berkata mereka berharap kerajaan dapat membantu menyediakan garis panduan berhubung penjualan produk tersebut.

Setiausaha Agungnya, Ridhuan Rosli berkata peniaga vape sanggup memberikan kerjasama jika terdapat garis panduan daripada kerajaan.

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengejutkan ribuan pemilik kedai vape dengan serbuan pertamanya dalam usaha mengesan cecair vape yang mengandungi nikotin dan kedai yang tidak mempunyai lesen.

Di Selangor, lebih 50 kedai vape diserbu dengan seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Kementerian itu berkata tiada keperluan untuk memberi amaran kepada kedai tersebut kerana nikotin adalah bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Menyifatkan serbuan itu sebagai keterlaluan, Ridhuan berkata kebanyakan rakan-rakannya mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai penjualan vape berasaskan nikotin.

"Sekurang-kurangnya, berilah kami tempoh masa untuk memperbaikinya. Jika masa ada di kalangan kami yang tidak mematuhi peraturan itu, kemudian ambillah tindakan.

"Walaupun kami bersetuju bahawa apa yang mereka lakukan mengikut undang-undang, mereka sepatutnya membantu kami dan menyediakan garis panduan bagaimana untuk mendapatkan permit atau lesen bagi menjual vape," kata Ridhuan.

Mengenai bekalan cecair vape, Ridhuan berkata pemilik kedai tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana semata-mata mereka merupakan orang terakhir menjual bekalan tersebut.

"Jika mereka mahu mengetatkan kawalan terhadap vape, ambil tindakan terhadap pengeluar cecair itu," katanya.

Berkongsi pendapat yang sama, Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) menegur KKM melakukan serbuan itu kerana vape tidak diharamkan.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mencadangkan peraturan dan menetapkan garis panduan dalam pembuatan produk," katanya.

"Jika ia mengenai nikotin, mereka perlu tampil dengan peraturan dan kongsikan dengan kami. Sebaik sahaja peraturan dikeluarkan, kita mahu mematuhinya," kata Presidennya, Samsul Kamal Ariffin.

Malaysia E-liquid Brewers Association turut meminta beberapa kelonggaran dalam lesen untuk menjual cecair berasaskan nikotin.

"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian untuk membantu pengeluar dan peniaga supaya mereka boleh mematuhi standard yang ditentukan kementerian," kata Presidennya, Muhammad Furqan Hakimi.

Tags / Kata Kunci: vape , serbuan , KKM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan