Azmin Nafi Jumpa Hadi Bincang Konspirasi PAS-Umno

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 3:46 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa satu mesyuarat diadakan antara beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konspirasi berkaitan kerjasama PAS dan Umno pada tahun lalu.

"Ia tidak benar sama sekali," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-5 (MCEC 2015) di sini Sabtu.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa Abdul Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan bersama dengan Umno di Selangor semasa krisis menteri besar tahun lalu.

Azmin berkata beliau tidak tahu mengenai konspirasi tersebut kerana beliau bukan ahli PAS.

Ditanya sama ada beliau bertemu dengan Abdul Hadi pada tahun lalu, Azmin berkata beliau sebenarnya bertemu dengan semua presiden parti termasuk dari Umno.

Sambil menegaskan fokus utama kerajaan negeri itu pada hari ini adalah menjaga kepentingan rakyat, Azmin berkata apa yang lebih penting bagi pasukannya termasuk ahli exco negeri adalah bekerja keras ke arah itu.

"Sepanjang pengetahuan saya, negeri Selangor masih kuat dan kami akan terus menjaga kepentingan rakyat. Sesiapa yang mahu terus mempolitikkan perkara ini, biarkan sahaja mereka. Saya hanya mahu bercakap tentang kerja. Saya hanya mahu bekerja," katanya.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan