Anwar Bimbang Siasatan Terhadap Dr Mahathir - Berita Semasa | mStar

Anwar Bimbang Siasatan Terhadap Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 1:14 PM

Dr Mahathir disiasat polis dari Bukit Aman pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiasat polis pada Jumaat atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Malah bekas Ketua Pembangkang itu mendesak agar sebarang gangguan terhadap Dr Mahathir dan beberapa individu lain kerana bersuara lantang terhadap kerajaan dan pemimpinnya dihentikan.

Anwar berkata Dr Mahathir tidak melakukan jenayah apabila beliau sekadar bertanyakan soalan dan mengkiritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Jika begini caranya Tun Dr Mahathir dilayan, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam bahaya," kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi peguamnya.

Beliau berkata daripada menyiasat Dr Mahathir, Perdana Menteri dan kerajaan perlu menjawab soalan penting yang telah dibangkitkan.

"Soalan-soalan ini turut ditanya oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.  Ketiadaan jawapan hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan terhadap PM, kerajaan dan institusi yang terlibat dalam usaha menutup mulut pengkritik," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir diambil keterangannya oleh pegawai penyiasat dari Bukit Aman di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Beliau telah disoal-siasat selama 45 minit.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Dr Mahathir Mohamad , 1MDB
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan