Rumah Transit Inisiatif Penting Bantu Lapan Asnaf

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 2:00 PM

Rumah transit Baitulmal-MAIWP di Taman Pelangi, Sentul melibatkan semua golongan asnaf.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kewujudan rumah transit khusus untuk lapan asnaf zakat yang hilang tempat berteduh secara mengejut sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban golongan tersebut sehingga mendapat rumah sewa.

Setakat ini, selain institusi agama di Wilayah Persekutuan, kemudahan sama turut dirangka bagi meringankan beban asnaf zakat di Johor dan Selangor.

Prihatin dengan nasib asnaf, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) antara institusi agama yang menyediakan bantuan rumah transit untuk golongan tersebut.

Ia terletak di tingkat atas rumah kedai di Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur dan mula beroperasi sejak Mei lalu.

Rumah transit itu dibahagikan kepada empat bilik dan mampu menampung empat keluarga untuk tempoh dua bulan.

Timbalan Pengurus Baitulmal MAIWP, Ahmad Talmizi Yahya berkata, sehingga hari ini, rumah transit berjaya membantu tujuh keluarga daripada lapan asnaf zakat yang tiada tempat berteduh.

"Ia salah satu inisiatif Baitulmal MAIWP untuk membantu golongan asnaf mendapat tempat perlindungan sementara sehingga mereka mendapat rumah sewa baharu.

"Mereka dibenarkan tinggal di rumah transit selama dua bulan. Tapi dalam tempoh tersebut, asnaf berkenaan perlu mencari rumah sewa yang baharu," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata, tiada borang permohonan perlu dikemukakan kerana kes keluarga yang terlibat diterima berdasarkan aduan atau maklumat orang ramai dan daripada program jejak asnaf di sekitar ibu negara.

"Mereka tidak perlu buat permohonan cuma perlu isi borang butiran maklumat untuk memudahkan proses bantuan seterusnya," katanya.

Malah, beliau berkata, rumah transit tersebut turut dibina untuk menangani kes golongan asnaf yang hidup sebagai gelandangan di ibu kota.

"Seperti yang kita ketahui kebanyakan gelandangan di ibu kota adalah di antara golongan asnaf. Kita cuba bantu dan kurangkan beban mereka," katanya.

Ahmad Talmizi berkata, selepas tamat tempoh untuk menduduki rumah transit tersebut, mereka akan dibantu dari segi bantuan bayaran sewa rumah bulanan sebanyak RM500.

"Kita akan bantu dalam tempoh setahun dan boleh dilanjutkan sekiranya mereka masih belum berkemampuan," katanya.

Ketika ditanya mengenai rumah transit khusus untuk mualaf, beliau berkata, kemudahan tersebut yang dikenali sebagai Kompleks Darul Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

"Buat masa ini, tiada lagi tempat transit khusus untuk mualaf. Rumah transit di Taman Pelangi melibatkan semua golongan asnaf.

"Sepanjang pengetahuan saya, Kompleks Darul Hidayah itu masih dalam pembinaan dan dijangka beroperasi tahun depan," katanya.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) boleh dikatakan antara institusi agama terawal yang menawarkan bantuan berbentuk rumah transit kepada asnaf yang ditimpa musibah seperti kebakaran rumah atau tidak mampu menyewa rumah di sekitar bandaraya Johor Baru.

Difahamkan MAIJ menyediakan lima unit rumah transit di sekitar bandaraya Johor Baru yang terletak di Taman Skudai Emas dan Jalan Skudai.

Kemudahan tersebut adalah bantuan awal kepada asnaf sebelum menerima bantuan rumah yang diluluskan MAIJ.

Sehingga September tahun lalu, MAIJ meluluskan sebanyak 235 permohonan bina rumah baru asnaf melibatkan peruntukan melebihi RM8.3 juta.

Selain itu, kata Pengurus Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mualaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Suhaimi Ismail, rumah transit untuk mualaf di negeri berkenaan dijangka beroperasi pada tahun depan.

"Kemudahan untuk mualaf ini masih dalam proses pembinaan di Klang," katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, negeri berkenaan belum menyediakan kemudahan rumah transit untuk golongan asnaf.

"Itu kelemahan yang terdapat di Kelantan. Apabila tiada tempat transit, usaha untuk saudara baharu mendalami ilmu agama tidak dilakukan sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata, rumah transit penting untuk membantu mualaf yang menghadapi kesulitan dalam memulakan kehidupan baru.


Tags / Kata Kunci: rumah transit , lapan asnaf , mualaf

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan