Debat 1MDB: Rafizi Perlu Yakinkan Speaker - Kata Ahli PAC

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 10:53 AM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli perlu cuba meyakinkan Speaker Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Datuk Liang Teck Meng.

"Mungkin sebagai Ahli Parlimen, Rafizi boleh meyakinkan speaker supaya membenarkan Arul berdebat tanpa mengganggu hak untuk hadir sebagai saksi? Rafizi perlu meyakinkannya," kata Ahli Parlimen Gerakan bagi kerusi Simpang Renggam.

Pakatan Harapan pada Khamis menawarkan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan untuk menggantikan Tony Pua berdebat dengan Arul Kanda.

Pua terpaksa menarik diri daripada debat bersama Arul berikutan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa itu terhadap kes 1MDB. 

"Saya tidak tahu apa yang difahami Rafizi daripada kenyataan Speaker dan Arul Kanda. Namun, ini apa yang saya faham: Speaker dengan jelas berkata Arul tidak dibenarkan berdebat secara terbuka sebelum pendengaran PAC atau beliau akan hilang kelayakan sebagai saksi. Arul akan dipanggil untuk siasatan pada 1 Disember ini, kurang sebulan lagi," kata Liang.

Liang yang juga ahli PAC berkata Arul mempunyai hak untuk menyatakan dan mempertahankan kes 1MDB tanpa menjejaskan siasatan PAC dan beliau tidak boleh dinafikan hak tersebut.


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan