MRT Cadang Pilihan Reka Bentuk Baharu Bagi Elak Ampang Park Dirobohkan

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 7:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kompleks beli-belah Ampang Park kini terselamat daripada dirobohkan apabila Mass Rapid Transit Corporation Sdn.Bhd, (MRT Corp) pada Khamis mengumumkan pilihan reka bentuk baharu untuk Stesen Ampang Park.

Menurut kenyataan MRT Corp, semakan reka bentuk baharu itu menyaksikan stesen MRT Ampang Park dialih sedikit daripada lokasi pusat beli-belah itu.

"Bagaimanapun, konsep stesen dengan membina integrasi fizikal sepenuh antara stesen MRT Ampang Park dan stesen LRT Ampang Park tidak dapat dibina," katanya.

Justeru, MRT telah mencadangkan kaedah alternatif untuk menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan dengan membina sebuah penghubung pejalan kaki bawah tanah di bawah pusat beli-belah itu.

Ia adalah antara beberapa ciri-ciri baharu dalam semakan semula pilihan reka bentuk oleh MRT bagi memelihara kompleks beli-belah pertama di Malaysia yang dibina pada 1973 daripada dirobohkan.

MRT Corp berkata beberapa kawasan parkir bawah tanah dan tingkat aras bawah di kompleks itu akan terjejas sementara bagi kerja-kerja pembinaan dan perniagaan yang beroperasi di kawasan terjejas perlu ditutup untuk tempoh pembinaan sehingga 36 bulan.

Pampasan yang sewajar akan dibayar, katanya.

MRT Corp turut menjelaskan dengan pilihan reka bentuk baharu, sebuah perjanjian bersama perlu dimeterai antara MRT Corp dan pemilik unit strata di kompleks berkenaan.

Menurut kenyataan itu, perjanjian tersebut harus dimuktamadkan sebelum 31 Januari  2016 bagi membolehkan pilihan ini dapat dilaksanakan dan mengelak kompleks itu daripada dirobohkan.

Stesen MRT Ampang Park merupakan stesen penting untuk laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP Line) kerana ia merupakan satu-satunya stesen di mana pengguna boleh menukar laluan MRT kepada laluan LRT Kelana Jaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MRT , Ampang Park

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan