Taman Aktiviti Angry Bird Johor Catat 160,000 Pengunjung

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Taman Aktiviti Angry Bird (Abap) yang terletak di pusat membeli-belah Komtar di sini, berjaya merekodkan kedatangan 160,000 pengunjung setakat ini berbanding sasaran awal seramai 150,000 orang.

Pengurus Besarnya Tony Fatjon Lika berkata sejak dibuka pada 31 Okt, taman itu dikunjungi pelawat dari dalam dan luar negara, termasuk Thailand, Singapura, China dan Indonesia.

"Kami masih baru beroperasi, namun sudah melepasi sasaran (pengunjung).

"Pada masa depan, kami merancang menambah jumlah permainan sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung berulang," katanya kepada Bernama selepas menhadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat Abap dan Mutiara Johor Corporation di sini, Jumaat.

"Abap ketika ini menawarkan kira-kira 14 jenis permainan, termasuk go-kart, Lazer Maze Spaceship, Classic Tower Play, Space Drop Airbag, Panna Soccer dan Red Bird Goal.

Tony berkata jika cadangan itu dilaksanakan, syarikat akan memberi tumpuan ke atas permainan berbentuk pendidikan, selain mewujudkan kafe dalam taman tema berkenaan.

Abap ialah taman aktiviti Angry Bird pertama di Asia Tenggara, meliputi kawasan permainan seluas 26,000 kaki persegi.

Tags / Kata Kunci: Angry Bird

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan