Devamany Timbalan Presiden MIC Yang Baharu, Atasi Saravanan - Berita Semasa | mStar

Devamany Timbalan Presiden MIC Yang Baharu, Atasi Saravanan

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 4:00 PM

S.K. Devamany.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri S.K. Devamany menang jawatan Timbalan Presiden MIC yang baharu pada pemilihan semula parti itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, Jumaat.

Devamany menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk M.Saravanan dengan kemenangan tipis.

Beliau memperoleh undi sebanyak 698 berbanding Saravanan yang mendapat 681 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk Jaspal Singh, bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T Mohan dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk S.A. Vigneswaran.

Sementara itu, bagi 23 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pula, antara pemenangnya termasuk anak bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu iaitu, Datuk Seri S Vell Paari serta Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada pukul 3.50 petang Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan