DBP-Jakoa Meterai MoU Angkat Pengetahuan, Kepakaran Orang Asli

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 3:39 PM

Orang Asli Mahmeri dari Pulau Carey, Selangor mempersembahkan tarian kebudayaan mereka pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Kompleks Kraftangan, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mementerai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mendokumentasikan ilmu dan kepakaran milik Orang Asli dalam Program Penerbitan Berpakej.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Profesor Dr Zaharani Ahmad berkata, program itu bertujuan bagi memastikan ilmu dan kepakaran Orang Asli dapat dimanfaatkan.

Zaharani berkata dalam tempoh lima tahun, kesemua manuskrip akan melibatkan suku kaum masyarakat Orang Asli akan diterbitkan bermula tahun hadapan dalam bahasa kebangsaan melibatkan kerjasama golongan karyawan dan masyarakat Orang Asli, katanya kepada para pemberita di sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar Dewan Bahasa dan Pustaka) Prof Dr Zaharani Ahmad (dua, kanan) beramah mesra dengan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Suhaimi Mahmud (dua,kiri), Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakoa Mohd Shahnaz Yazid (kiri) dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Padilah Ali (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jakoa dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Kompleks Kraftangan, Jumaat.

MoU itu ditandatangani oleh Zaharani Ahmad bersama Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jakoa, Suhaimi Mahmud.

"Banyak ilmu dan kepakaran yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli yang wajar didokumentasikan untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan yang merupakan khazanah negara dan warisan bernilai buat generasi akan datang," kata Suhaimi. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: DBP , Orang Asli , Zaharani Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan