Badan Standard Kualiti Kewangan Islam Dilancar

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 2:04 PM

Muhammad Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun (CIFF) dilancarkan sebagai badan profesional yang bertanggungjawab bagi menetapkan standard kualiti global untuk profesional kewangan Islam.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)  Datuk Muhammad Ibrahim.

CIFF, sebuah entiti yang baru ditubuhkan bagi menggantikan Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun Malaysia (ACIFP), dijangkakan dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan etika dalam industri itu, kata Muhammad dalam ucapannya.

Beliau berkata penubuhan CIFF dibuat berikut keperluan yang semakin meningkat untuk titik rujukan global dalam pembangunan bakat profesional memandangkan industri kewangan Islam terus berkembang di peringkat antarabangsa.

"Kami mahukan CIFF menjadi badan dunia untuk profesional dalam kewangan Islam.

"Seperti yang kita harapkan, CIFF akan menjadi pemandu utama dan menyokong profesionalisme dan tingkah laku beretika, dan kita mahukan badan baharu ini menerima pakai amalan terbaik global institusi profesional yang sama," katanya di sini, Jumaat.

Pada pelancaran itu, CIFF dan penggiat utama industri, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) menandatangani Piagam Profesional Kewangan Islam, sebagai tanda komitmen masing-masing dalam mengukuhkan lagi pembangunan tenaga mahir dalam Islam kewangan.

"The CIFF akan meneruskan mandat asal yang dipegang oleh ACIFP, seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2011-2020 Bank Negara Malaysia, sebagai badan profesional yang bertanggungjawab bagi menetapkan standard kualiti global dalam kalangan profesional kewangan Islam.

"Penetapan standard dijangka merangsang pengembangan asas keanggotaannya di seluruh dunia," kata Presiden CIFF Badlisyah Abdul Ghani pada pelancaran itu.

Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata bilangan anggota semasa CIFF seramai240, boleh mencecah 3,000 menjelang tahun depan.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan