Anjing Tidak Makan Daging Manusia - Pengarah Veterinar Perak

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anjing tidak makan daging manusia, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr Norlizan Mohd Noor.

Beliau berkata sehubungan itu, dakwaan yang mengatakan bahawa anjing peliharaan suspek dalam kes pembunuhan kejam di Tapah diberi makan daging mangsa, yang hangat diperkatakan kini, tidak mungkin berlaku.

"Anjing adalah binatang yang pintar, ia tidak makan daging manusia, bagaimanapun ia ada kemungkinan dilatih menggigit manusia bagi tujuan menjaga keselamatan di sesuatu kawasan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Dr Norlizan berkata anjing peliharaan empat sekeluarga dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat mangsa di kawasan bengkel kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah dilatih sebagai pengawal atau penjaga di lokasi berkenaan.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa anjing peliharaan suspek dalam kes bunuh Tapah diberi makan daging mangsa.

Bagaimanapun, Dr Norlizan berkata beliau tidak pasti sama ada polis menyiasat anjing diberi makan daging mangsa dalam kes berkenaan sebegitu secara mendalam.

Beliau berkata dalam kes itu, polis ada menghubungi pihaknya bagi membantu menidurkan anjing terbabit kerana haiwan berkenaan mengawal sekitar kawasan premis (bengkel) milik suspek.

"Ketika kami tiba di lokasi kejadian, pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar cuma perlu menembak ubat penenang ke arah beberapa ekor anjing sebelum meninggalkan tempat berkenaan," katanya, sambil menambah pegawai berkenaan tidak mahu mengganggu siasatan kes bunuh itu.

Dr Norlizan berkata kebajikan anjing terbabit perlu dijaga sekiranya suspek didapati salah dalam kes itu kelak.

"Kesemua haiwan berkenaan kini di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Tapah dan ia perlu diletak di bawah seliaan polis di tempat lain jika mereka ingin melakukan siasatan lanjut yang membabitkan anjing milik suspek," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: anjing , Tapah , daging manusia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan