Debat 1MDB Berkemungkinan Dipolitikkan - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdebatan antara Presiden dan Pengarah  Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua atau Rafizi Ramli tidak semestinya membantu menjernihkan keadaan, malah berkemungkinan ia akan dipolitikkan.

Ini kerana menurut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, kedua-dua anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dan anggota Parlimen Pandan itu dikenali amat cekap mempolitikkan sebarang isu.

"Saya tidak pasti kalau pendekatan debat ini boleh membantu lebih-lebih lagi kalau ia menjadi politik, sebab, mulanya Tony Pua kemudiannya Rafizi. Kita tahu  dua ahli politik ini memang cekap dalam mempolitikkan isu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Jumaat.

Pembabitan Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Rafizi, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perdebatan itu katanya, tidak menjamin isu IMDB itu tidak dipolitikkan.

Menurut Mukhriz, apa yang diperlukan ketika ini adalah pendekatan untuk menjelaskan isu berkenaan integriti IMDB tanpa 'dicemari' dengan isu-isu politik.

"Saya tidak yakin sama ada Tony (Pua) atau Rafizi (Ramli), debat itu tidak akan berunsur politik. Kalau hendak berdebat, mungkin selain dengan orang-orang politik saya ingat," kata beliau.

Mengenai penolakan PAS Kedah terhadap tawaran kerjasama daripada UMNO Kedah, Mukhriz berkata, pihaknya ikhlas untuk menjalin kerjasama di dalam bidang tertentu dengan parti pembangkang itu.

UMNO katanya, telah beberapa kali menghulur tangan persahabatan tetapi tidak disambut oleh PAS.

"Selagi niat kami ikhlas, kami terus berusaha. Jikalau dia (PAS) terima bagus, jikalau tidak diterima hendak buat macam mana," katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhurazi dalam kenyataan berkata parti itu bertegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan UMNO.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan