Isu Telur Penyu Majlis Makan Malam Ismail Sabri Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu siasatan sedang giat dijalankan mengenai bagaimana telur penyu dihidangkan pada majlis makan malam yang dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada akhir Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata, siasatan berhubung insiden masih dijalankan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sekiranya pengendali restoran makanan laut yang menjadi lokasi makan malam berkenaan pada 29 Ogos lalu telah disoal siasat. 

Gambar yang tersebar itu menunjukkan Ismail Sabri di restoran tersebut yang duduk semeja dengan Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib.

Pada majlis itu, sejumlah telur penyu dihidangkan di atas meja yang menempatkan Ismail dan James.

Penyu merupakan spesis yang dilindungi di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Menjadi satu kesalahan untuk menjual atau memakan spesis atau produk seperti telur.

Mereka yang terlibat akan dikenakan denda RM50,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Gambar makan malam itu menjadi viral di sosial media sehingga mencetuskan bantahan di kalangan aktivis pemuliharaan di sini.

Pada Khamis, Ismail Sabri berkata, beliau tidak memakan telur penyu berkenaan atas faktor kesihatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan