Rafizi Ganti Pua Debat 1MDB Dengan Arul Kanda

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 12:07 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan telah menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan Tony Pua dalam debat terhadap Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Pakatan pembangkang berkata, ia menjangkakan syarat lain perdebatan seperti siaran langsung di RTM tidak berubah.

"Jika RTM tidak berminat, kita akan berbincang dengan pihak lain," kata Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke.

Pua terpaksa menarik diri daripada debat bersama Arul berikutan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa itu terhadap kes 1MDB. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan