Borneo Divers Adakan Program Penerangan Penyu

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 5:50 PM

Lang (kiri sekali) bersama Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah, Dr P Pushpalatha selaku pakar dalam bidang penyelidikan penyu pada perasmian program berkenaan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 120 peserta akan mengambil bahagian dalam program penerangan penyu ketiga anjuran Borneo Divers Mabul Resort di Pulau Mabul dari 9 hingga 12 November ini.

Menurut pengarah projek Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn. Bhd., Louise Lang, penyelam tempatan dan luar negara serta bukan penyelam, dijangka menyertai kegiatan menangkap, mengukur dan memasang tag pada penyu melalui program itu yang dikenali sebagai Borneo Divers' Celebration of Sea Turtles in Mabul.

Beliau berkata, matlamat program ini adalah untuk memantau kadar pertambahan populasi penyu laut termasuk spesies penyu agar dan penyu sisik di Pulau Mabul.

"Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan pelancong tentang penyu yang mendiami perairan pulau ini," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Lang berkata penganjur mempelawa orang ramai untuk menjadi sukarelawan dalam pasukan penyelam sebagai 'pengesan penyu' dan membantu mengumpul data morfometri di atas kapal penyelidikan.

Menurut beliau, murid Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul dan School of Hope akan turut terlibat dalam program lawatan sambil belajar ini serta mengambil bahagian dalam ceramah, sukaneka dan kegiatan membersihkan kawasan, manakala satu demonstrasi mengukur dan memasang tag pada penyu akan diadakan untuk tetamu jemputan.

Katanya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming dijangka menyempurnakan upacara pelancaran rasmi program itu pada 11 November ini.

Lang berkata, dalam tempoh dua tahun lepas, antara 120 dan 160 penyu laut dipasang dengan tag setiap tahun.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan