Piawaian Khusus Peranti E-Rokok Dan Vape Bakal Dibangunkan - Hamzah

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 9:00 PM

Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Usaha sedang dilakukan dalam membangunkan satu piawaian khusus untuk peranti rokok elektronik atau e-rokok serta vape bagi tujuan keselamatan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin. 

Beliau berkata memandangkan ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard khusus untuk peranti e-rokok dan vape, piawaian khas itu perlu diwujudkan agar peraturan mengenai penggunaannya dapat diperkenal. 

Beliau berkata usaha memperkenalkan standard khas itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd. 

"KPDNKK tengah kaji nak standard bagi peranti supaya boleh buat peraturan yang tepat, contohnya macam mana boleh bawa naik kapal terbang. Itu kita akan umum kemudian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti KPDNKK 2015 pada Khamis.

Majlis diadakan bertujuan menghargai nilai moral dan etika yang ditonjolkan warga kementerian berkenaan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam. 

Pada Rabu, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya kekal dengan pandangan dan keputusan bahawa rokok elektronik bernikotin, perlu diharamkan kerana penggunaan untuk jangka masa panjang boleh merosakkan kesihatan. 

Kementerian Kesihatan mentakrifkan rokok elektronik yang mengandungi nikotin dikenali sebagai e-rokok, manakala rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin adalah vape.

Tags / Kata Kunci: Vape , E-Rokok , Datuk Hamzah Zainudin.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan