Dr Subramaniam Berazam Kembalikan MIC Ke Era Kegemilangan - Berita Semasa | mStar

Dr Subramaniam Berazam Kembalikan MIC Ke Era Kegemilangan

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mesyuarat agung tahunan (AGM) MIC ke-68 pada Jumaat akan bergema dengan rayuan seikhlas hati agar anggota parti itu berhenti daripada bermain politik dan sebaliknya menumpukan sepenuh jiwa raga mereka terhadap tugas membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang akan menyampaikan ucapan pembukaan sulung beliau sebagai presiden MIC pada AGM sehari itu, akan menegaskan tentang keazaman beliau untuk mengembalikan parti itu ke era kegemilangannya.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata akibat terlalu banyak bermain politik, parti itu menjadi kaku sepanjang dua tahun lepas.

"Tugas kita sekarang, selain menangani masalah mendesak, ialah untuk meremajakan kembali parti ini serta mencari arah baharu untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat India serta menjadi terus relevan.

"Ini satu tugas besar dan perlu ditangani dengan segera. Tempoh dua tahun akan datang adalah masa yang sangat penting bagi kami," katanya dalam temu bual menjelang berlangsungnya AGM itu.

"Kerelevanan kami dengan masyarakat dan Barisan Nasional akan dipersoal sekiranya MIC tidak mempamerkan pencapaian baik atau kalah kerusi yang kami sandang sekarang pada pilihan raya umum akan datang. Tak ada masa bagi kamiuntuk bermain politik lagi.

"Kami perlu susun agenda, melaksanakannya dan memastikan ia terus bergerak," kata Dr Subramaniam.

Sejajar dengan itu, beliau sentiasa turun padang dan bertemu dengan parapemimpin cawangan serta anggota parti bagi menjelaskan tentang betapa pentingnya mereka bersatu "demi kebaikan masyarakat, parti dan negara".

"Saya perlu berjumpa dengan mereka dan menjelaskan sendiri apa yang saya perlukan (daripada mereka) untuk mengembalikan kegemilangan MIC," katanya.

Dr Subramaniam berkata masyarakat India meletakkan harapan tinggi pada MIC.  

"Jika kami berjaya memenuhi harapan itu, masyarakat akan bersama kami. Tapi,jika kami gagal, kami akan kehilangan mereka," katanya.

Menjawab soalan, Dr Subramaniam berkata MIC akan membuka pintunya kepada para penyokong bekas presiden parti itu, Datuk Seri G. Palanivel pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Katanya, Palanivel juga boleh merayu untuk kembali menjadi anggota MIC dan jawatankuasa kerja pusat akan membuat keputusan tentang perkara itu.

"Kami tidak mengundang Palanivel sebagai bekas presiden parti ke AGM kami kerana kami berpendapat beliau akan berasa tidak selesa," katanya.

Dr Subramaniam yakin AGM itu akan berjalan lancar, walaupun terdapat cakap-cakap bahawa para penyokong Palanivel mungkin menimbulkan kekecohan.

Setiausaha agung MIC A. Sakhtivel mengesahkan AGM itu dan pemilihan partiakan diadakan pada hari sama di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, bukan selama dua hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Dr S. Subramaniam , MIC
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan