KLIA, KLIA 2: Lapangan Terbang Pertama Guna Kenderaan Elektrik Di Asean

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 9:10 PM

Dr Maximus Johnity Ongkili

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bakal menjadi lapangan terbang antarabangsa pertama yang menggunakan kenderaan elektrik di rantau Asean apabila Projek Lapangan Terbang Neutral Karbon dilaksanakan tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata di bawah cadangan yang dibentangkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) itu pada mesyuarat kedua Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MTHPI), kenderaan sedia ada MAHB di KLIA dan KLIA 2 akan digantikan dengan kenderaan elektrik.

Katanya, sistem hibrid solar Photo Voltaik dan set jana kuasa di LapanganTerbang Mulu, Sarawak juga akan dilaksanakan di bawah projek itu, katanya.

"Kedua-dua inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan pelepasan karbon sejumlah 3,964 t/CO2e (tonne carbon dioxide equivalent) setahun.

"Majlis menyokong cadangan MAHB ini dan KeTTHA akan memberi kerjasama penuhdalam merealisasikan inisiatif MAHB terutamanya dalam penyediaan infrastruktur bagi stesen pengecas kenderaan elektrik di KLIA dan KLIA 2," katanya pada sidangakhbar selepas menghadiri mesyuarat tersebut di Parlimen pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ongkili berkata mesyuarat itu juga mempertimbangkan cadangan Malaysia Green Technology Corporation (Greentech Malaysia) membawa masuk pengeluar keretaelektrik premium Tesla Motors ke Malaysia dalam usaha mempromosikan penggunaan kenderaan cekap tenaga dan kenderaan elektrik bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

"Usaha yang dicadangkan ini boleh menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan teknologi kenderaan elektrik serta sebagai pusat servis utama kenderaan elektrik di rantau ASEAN," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, Greentech Malaysia juga telah membawa masukdua kereta Tesla Model S untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Bagaimanapun, katanya perbincangan lanjut antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan KeTTHA dengan Tesla Motors akan diadakan bagi memastikan komitmen pelaburan syarikat itu.

Sementara itu, Ongkili berkata Kementerian Kerja Raya juga memaklumkan kepada Majlis itu mengenai Pelaksanaan Skim Penarafan Bangunan Hijau Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST) dalam projek Jabatan Kerja Raya.

"Majlis telah mengambil maklum bahawa skim penarafan bangunan hijau MyCREST diwajibkan ke atas projek yang dilaksanakan sendiri oleh JKR untuk projek bernilai RM50 juta dan ke atas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan