KPKT Mahu Jual Sendiri Unit Rumah Bumiputera - Abdul Rahman

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 8:12 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berbincang dengan kerajaan negeri dan pemaju agar diberi peluang menjual sendiri unit rumah bumiputera yang tidak terjual, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ini adalah bagi memastikan unit yang diperuntukkan di bawah kuota bumiputera tidak dilepaskan sewenang-wenangnya kepada pasaran bebas.

"Selepas tamat tempoh pegangan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, pihak pemaju perlu memberi peluang selama tiga bulan sebagai cooling off period, kepada kementerian untuk menjual unit-unit bumiputera berkenaan sebelum ia dilepaskan dalam pasaran bebas.

"Ini memberi peluang kepada kementerian mencari pembeli yang layak dan rumah berkenaan dapat dijual kepada mereka pada harga tawaran asal," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2016 di Dewan Rakyat, di sini.

Abdul Rahman berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pemaju kononnya unit bumiputera sukar dijual dan pada masa sama, turut menerima aduan daripada pihak pembeli kononnya unit bumiputera cepat habis.

Berdasarkan keadaan itu, Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata, kementerian sendiri mengambil langkah bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat situasi menang-menang.

"Kerana kami dengar banyak keluhan pembeli kata unit bumiputera habis, pada masa sama kita dengar pemaju kata unit tak dapat dijual. Ini tuduh-menuduh... pemaju kata tak dapat dijual, pembeli kata tak ada unit. Kalau begini biar kami pula uar-uarkan iklan bumiputera dan kami pastikan ia dapat dijual sebelum dilepaskan," katanya lagi.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, kerajaan mengambil langkah proaktif bagi mengawal kenaikan harga rumah melampau ekoran aktiviti spekulasi pihak tertentu.

Langkah yang diambil antara lain; menaikkan kadar kenaan Cukai Keuntungan Harta Tanah; menetapkan harga minimum hartanah kepada warga asing dari RM500,000 ke RM1 juta seunit; serta melarang pemaju melaksanakan DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) yang boleh memperdaya pembeli.

Abdul Rahman berkata, sejak langkah mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah dilaksanakan oleh kementerian, ia menampakkan kesan positif.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), pada suku kedua tahun 2015, mencatatkan perubahan indeks harga rumah pada tahap 5.9 peratus dengan purata harga rumah pada RM305,075 berbanding pada suku kedua 2014 iaitu pada 8.4 peratus dengan purata harga rumah RM302,716.

"Ini menunjukkan penurunan sebanyak 2.5 peratus dalam indeks harga rumah di negara ini," katanya lagi.

Menyentuh mengenai cadangan beberapa anggota parlimen pembangkang untuk dikembalikan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Abdul Rahman berkata, sehingga kini tiada sebarang cadangan daripada kementerian untuk berbuat demikian.

"Apabila tiba waktu dan ketika yang sesuai, semua PBT di negara ini telah bersedia dari segi kewangan dan sebagainya, kementerian sendiri akan mengusulkan kepada kerajaan supaya pilihan raya kerajaan tempatan dapat dilaksanakan," katanya.

Apa yang lebih utama pada masa kini, katanya ialah usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan di setiap PBT melalui Program Transformasi PBT bagi menambah baik dan meningkatkan kemampuan PBT supaya lebih berdaya maju. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , KPKT

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan