Kejadian Puting Beliung Dirakam Di Dermaga Dalam, Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 11:34 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Satu kejadian puting beliung dilihat berlaku Dermaga Dalam di Pulau Pinang.

Dipercayai imej berpusing puting beliung itu muncul pada pukul 4 petang Rabu sebelum ia hilang dari penglihatan.

Beberapa netizen memuat naik imej  tersebut di laman media sosial dan spekulasi bahawa ia adalah puting beliung.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap Jabatan Meteorologi berkata tiada laporan mengenai kejadian puting beliung.

Ketika ditanya sama ada ia mungkin kejadian puting beliung, jurucakap itu berkata ia akan mengambil sedikit masa untuk menentukan kejadian tersebut.

Tags / Kata Kunci: Puting beliung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan