"Tanya Diri Sendiri Jika Nak Cakap Isu 1MDB" - Kata Pandikar Amin Kepada Pua

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sekatan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk terus mengeluarkan kenyataan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan pemimpin DAP itu supaya tidak mendedahkan maklumat berhubung prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB.

“Etika yang harus diikut ialah tanya kepada diri Yang YB (Yang Berhormat), kalau sekiraya nampak bahawa ada personal interest, mesti tak boleh libatkan diri dalam penyiasatan PAC. Itu maksud saya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Pandikar Amin menjelaskan mengenai kekeliruan yang ditimbulkan Pua mengenai sama ada beliau dihalang daripada mengeluarkan kenyataan kepada umum berhubung 1MDB.

Ia susulan keputusannya pada Selasa bahawa Pua tidak boleh meneruskan debat terbuka dengan Pengarah dan Presiden 1MDB.

Kata Pandikar Amin, tertakluk kepada kenyataan yang akan dibuat Pua ekoran daripada apa yang beliau ketahui sewaktu  mesyuarat PAC.

“Yang tak boleh saya pisahkan ialah pengetahuan ataupun keterangan atau apa-apa yang YB ketahui melalui PAC. Keterangan yang YB buat di luar, susah untuk saya pisahkan.

“Seperti nak pisahkan manis dan gula, pedas dan lada kerana YB adalah ahli PAC,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sama ada Pua perlu meletak jawatan sebagai ahli PAC jika mahu meneruskan debat dengan Arul, Pandika Amin berkata, beliau tidak bermaksud sedemikian ketika membuat keputusan berkenaan.

Katanya, bukan Pua yang perlu berundur sebagai ahli PAC sebaliknya beliau yang akan meletakan jawatan selaku Speaker Dewan Rakyat kerana gagal menjaga integriti Parlimen.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tony Pua , Pandikar Amin Mulia , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan