Paul Stadlen Dapat Status PR

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen mempunyai status penduduk tetap (PR) di Malaysia, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, sehubungan itu, Stadlen bebas untuk keluar masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.

“Semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen adalah seorang penduduk tetap Malaysia.

“Oleh yang demikian beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ahmad Zahid menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) berhubung sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja yang sah untuk bekerja di Malaysia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pernah mendedahkan bahawa kerajaan tidak pernah membayar gaji Stadlen setakat April 2014.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan