PAS Sangsi Sikap DAP Pertahan Selangor

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa DAP menyatakan pendirian sebenar parti itu mengenai kedudukan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sikap DAP yang mahu wakil rakyat parti Islam itu digugurkan daripada pentadbiran Selangor seolah-olah mahu memusnahkan kerajaan sedia ada.

"Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk BN kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada PAS atau mahu pertahankannya?” soalnya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Kenyataan itu susulan laporan yang memetik Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong sebagai mencadangkan supaya kepimpinan tertinggi DAP meminta Azmin segera memecat wakil PAS dalam pentadbiran negeri.

Chiong yang dilaporkan membuat kenyataan itu semasa Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya baru-baru ini menganggap PAS memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, iaitu pakatan pembangkang yang baharu.

Laporan itu memetik Chiong sebagai berkata bahawa jika Mohamed Azmin masih gagal memecat wakil PAS dalam kerajaan pimpinannya, DAP dicadang supaya keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu mengulas mengenai pendirian PAS, Khairil Nizam berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk mempertahankan kerajaan Selangor sehingga pilihan raya akan datang.

"PAS tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan menteri besar sekarang.

"PAS mengesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka.

"PAS terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor. Walaubagaimana pun, ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain,” katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR , Selangor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan