Keputusan Isu Debat Dibuat Selepas Melihat Kesediaan Kerajaan Sertai Debat 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 8:21 AM

Pandikar Amin Mulia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan keputusan mengenai debat terbuka isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy dibuat selepas melihat kesungguhan semua pihak termasuk kerajaan meneruskan cadangan itu.

"Saya nampak kerajaan sendiri telah buat kenyataan mereka sanggup membantu debat itu diadakan dan ini bermakna ia akan diadakan," katanya pada majlis ramah mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama editor media, di sini malam Selasa.

Pandikar Amin berkata, sekiranya beliau membenarkan perkara itu berlaku, maka tidak perlu lagi mana-mana jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk bermesyuarat dan menyiasat dakwaan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut. 

Beliau turut menegaskan isu 1MDB tidak sepatutnya dibahaskan secara umum sebaliknya menggunakan landasan betul melalui siasatan PAC yang masih berjalan ketika ini.

"Kenapa perlu ada perbahasan yang mana perkara itu sedang disiasat. Saya tidak halang perbahasan, bagaimanapun tidakkah (debat) ini merosakkan keputusan penyiasatan dibuat PAC nanti?

"Apabila penyata dibuat oleh PAC, bahaslah. Tapi persoalannya adakah perbahasan merungkai permasalahan sekarang. Jawapan adalah tidak...kenapa tidak melalui proses itu terlebih dahulu," katanya.

Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini mencabar Arul Kanda selaku Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB untuk berdebat secara terbuka yang kemudiannya dipersetujui. 

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak juga menyatakan kesediaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung pada Jumaat ini.  

Bagaimanapun, pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, Pandikar Amin membuat keputusan Pua perlu meletak jawatan sebagai anggota PAC atau tidak terlibat sama sekali dalam siasatan 1MDB sekiranya berhasrat meneruskan debat terbuka itu.

Pada masa sama, Arul Kanda yang merupakan saksi utama, juga harus tidak terlibat dalam siasatan PAC.

Ditanya mengenai cadangan DAP untuk menggantikan Pua dengan wakil lain untuk meneruskan debat terbuka itu, Pandikar Amin berkata, beliau tidak mempunyai kuasa menyekat perkara itu.

"Saya tidak boleh mengawal sesuatu yang di luar bidang kuasa saya... saya terlibat sekarang kerana ia dalam bidang kuasa saya. 

"PAC di bawah Dewan Rakyat mengikut Peraturan 77 yang mengatakan apa pun yang dibuat oleh PAC mesti ikut peraturan mesyuarat sedia ada. 

"Apa sahaja peraturan mesyuarat berkenaan majlis juga digunakan untuk  PAC. Kalau ada perbahasan yang melibatkan orang yang tidak terlibat dalam siasatan PAC mengenai 1MDB, itu saya tidak ada kuasa". - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan