Lebuh Raya Smart Tawar Diskaun Tol 20 Peratus Sempena Deepavali

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu bersempena perayaan Deepavali yang disambut pada 10 November ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan, Rabu berkata, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan dari pukul 6 pagi Selasa (10 Nov) hingga 6 pagi Rabu (11 November).

"Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.40 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

"Diskaun tol yang diberikan ini merupakan komitmen sosial syarikat kami kepada pengguna yang menggunakan Lebuh raya SMART pada hari perayaan tersebut," katanya. 

Tags / Kata Kunci: SMART , tol , Deepavali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan