Beting Patinggi Ali Milik Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan termasuklah di Gugusan Beting Patinggi Ali bukanlah kawasan yang wujudnya 'tuntutan bertindih' antara Malaysia dengan mana-mana negara, jelas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Beliau berkata di bawah peruntukan UNCLOS 1982, sesebuah negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Sehubungan itu, nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ dan mana-mana kapal pengawal pantai asing termasuk kapal pengawal pantai China yang memasuki kawasan itu boleh dianggap menceroboh, katanya ketika dihubungi.

Anifah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media tempatan baru-baru ini, bahawa nelayan laut di Miri, Sarawak diusir pengawal pantai China yang sentiasa berada di kawasan berkenaan.

Anifah berkata langkah-langkah yang sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

"Ini termasuklah mengadakan rondaan dan pengawasan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan," katanya.

Katanya pada masa ini terdapat kapal-kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Beting Patinggi Ali yang melakukan rondaan bagi memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

"Justeru, nelayan tempatan tidak perlu khuatir untuk menangkap ikan di kawasan Beting Patinggi Ali," katanya.

Kapal pengawal pantai China berkenaan dilapor berlabuh di kawasan perairan sekitar Gugusan Beting Patinggi Ali dan telah dipantau sejak 2013 tanpa sebarang provokasi oleh kedua-dua negara.

Pada Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab terhadap APMM berkata kerajaan telah mengirim nota diplomatik hampir setiap minggu dan akan meneruskan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal asing itu. 

Tags / Kata Kunci: Beting Patinggi Ali

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan