Dewan Rakyat Kecoh Isu Kesihatan Gani Patail

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kesihatan Tan Sri Abdul Gani Patail yang digugurkan daripada jawatan peguam negara menghangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat pada Rabu malam.

Kekecohan tercetus apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mempertikai alasan kerajaan bagi menamatkan perkhidmatan Abdul Gani yang berkuat-kuasa pada 27 Julai lalu.

Tegas pemimpin DAP itu, kehadiran Abdul Gani dalam forum anjuran Majlis Peguam mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada Selasa menyanggah tindakan kerajaan yang dianggap mencurigakan.

"Beliau dikeluarkan daripada pejabat atas alasan sakit. Tapi kita semua rakyat Malaysia lihat semalam beliau hadir di forum anjuran Bar Council.

"Beliau sihat dan beliau sendiri kata yang beliau sihat. Saya ingin mendapatkan penjelasan jika perdana menteri menyalahgunakan kuasa di kedudukannya dan membuat keputusan menyingkarkan peguam negara untuk memastikan beliau tidak dikenakan tindakan atau dakwaan, ini adalah penyalah gunaan kuasa," kata Gobind.

Bagaimanapun kenyataan Gobind itu disanggah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.

Nancy yang yang bertanggungjawab bagi portfolio undang-undang mempertahankan alasan yang digunakan kerajaan membabitkan isu kesihatan Abdul Gani.

"Menyentuh berkenaan mantan Tan Sri peguam negara yang berada dalam satu forum semalam, saya tidak tahu. Sebab dahulu pada masa itu (digugurkan) beliau selalu pergi dialisis dan sebab itulah kita jawab begitu.

"Namun yang penting, apa yang berlaku mengikut peraturan dan undang-undang," katanya.

Perkhidmatan Abdul Gani sebagai peguam negara ditamatkan mulai 27 Julai lalu atas sebab-sebab kesihatan.

Abdul Gani dilantik ke jawatan itu sejak 2002.

Kedudukan Abdul Gani digantikan oleh Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Peguam Negara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan