1MDB Bukan Punca Utama Nilai Ringgit Susut - Johari

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu 1Malaysia Development Berhad (1MBD) bukan punca utama kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika (USD), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani. 

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Rabu bahawa kemerosotan itu disebabkan empat faktor, termasuk jangkaan pelabur asing mengenai kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Faktor lain ialah kedudukan ekonomi dunia seperti pertumbuhan yang perlahan di China dan kejatuhan harga komoditi seperti minyak mentah.

Katanya, sentimen negatif lain seperti usul undi tidak percaya yang dibangkitkan pihak pembangkang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, juga merupakan antara faktornya. 

"Kalau kita nak menyentuh soal 1MDB, negara seperti Rusia, New Zealand, Australia dan Brazil, mereka juga mengalami kejatuhan nilai mata wang, walaupun tidak ada 1MDB.

"Walaupun sentimen negatif telah menyebabkan para pelabur, khususnya pelabur asing, berada dalam keadaan ketidaktentuan, ia bukan bukan punca utama kejatuhan nilai ringgit," katanya semasa sesi soal jawab kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) di Dewan Rakyat. 

Shamsul Iskandar meminta Kementerian Kewangan menyatakan pendirian mengenai kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang berpendapat bahawa susutan nilai ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang apabila isu 1MDB diselesaikan.

Kata Johari, dalam tempoh September 2014 hingga Oktober 2015, ringgit susut sebanyak 21.6 peratus berbanding USD yang turut didorong aliran keluar pelaburan portfolio, khususnya pelabur asing.

Mata wang asing serantau juga mengalami penyusutan nilai antara 5.9 dan 19.5 peratus berbanding USD dalam tempoh yang sama, katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Johari Abdul Ghani

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan