Lebih 40,000 Warga Emas Berusia 100 Tahun, Kebanyakan Cina

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 7:30 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai lebih 40,000 warga emas berusia sekurang-kurangnya 100 tahun berdasarkan bancian yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sehingga 15 September tahun ini, terdapat sejumlah 43,599 warga emas yang berusia lebih 100 tahun," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Noh Omar (Bn-Tanjung Karang) pada Selasa.

Beliau berkata lebih tiga suku daripada jumlah itu merupakan kaum Cina manakala masyarakat Orang Asli merekodkan jumlah paling sedikit.

Sebanyak 36,251 daripadanya merupakan kaum Cina diikuti Melayu dengan 2,671 manakala India 2,570.

Ahmad Zahid juga berkata terdapat 747 warga emas berusia sekurang-kurangnya 100 tahun dari etnik Sarawak, 432 dari Sabah dan 921 dari kalangan rakyat Malaysia yang diklasifikasikan sebagai 'lain-lain' dan juga tujuh Orang Asli.

Tags / Kata Kunci: 100 tahun , warga emas , JPN , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan