Suntikan DOS Tambahan Vaksin 5-Serangkai Bayi Ditunda Kepada 24 Bulan

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jadual suntikan dos tambahan vaksin 5-Serangkai (DTap-IPV//HiB) yang diwajibkan pengambilannya ke atas bayi berusia 18 bulan di negara ini ditunda kepada 24 bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu merupakan langkah jangka pendek bagi menangani masalah bekalan vaksin tersebut.

Katanya langkah itu juga dijangka memberikan lebihan vaksin untuk diberikan kepada bayi pada umur dua, tiga dan lima bulan.

"Kementerian telah bersetuju dengan cadangan pakar-pakar imunisasi untuk jadual suntikan dos tambahan 18 bulan ditunda kepada 24 bulan.

"Tiga dos pertama ini yang dipanggil 'prime dose' amat penting untuk kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis B," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Buat masa ini, Dr Noor Hisham berkata semua bekalan vaksin 5-Serangkai yang dibawa masuk ke Malaysia hanya digunakan oleh fasiliti kesihatan kementerian.

"Walaubagaimanapun, kementerian akan memastikan 10 peratus daripada bekalan vaksin yang masuk diagihkan kepada fasiliti kesihatan selain daripada yang di bawah kementerian termasuk klinik/hospital swasta.

"Ini bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan imunisasi untuk kanak-kanak serta mengelakkan keciciran imunisasi," jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan juga telah mengkaji kemungkinan menggunakan regimen vaksin terdahulu dan mendapati kebanyakan vaksin-vaksin terdahulu ini tidak berada dalam bentuk kombinasi.

Katanya, produk-produk ini telahpun berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Dr Noor Hisham menegaskan kementerian akan terus memantau bekalan vaksin DTaP-IPV//Hib dalam negara dan meminta semua pihak agar terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam melaksanakan langkah-langkah yang digariskan.

"Ibu bapa yang mempunyai anak yang dijadualkan akan menerima imunisasi 5-Serangkai dos tambahan, diminta menghubungi klinik berhampiran untuk maklumat lanjut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Vaksin Bayi , 5-Serangkai

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan