Ibu Bapa Pelajar Berang Pentadbiran Sekolah Adakan Solat Hajat Di LPT2

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Gambar pelajar sekolah yang sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kemarahan ibu bapa.

Ibu bapa yang berang itu mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.

Gambar yang menjadi viral di Facebook dan Whatsapp pada Ahad menunjukkan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan. Sebuah bas juga kelihatan diletakkan berhampiran.

Mereka dikatakan sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk keselamatan pengguna lebuhraya.

Seorang bapa Shah Julian Aman Shah mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa sekolah membenarkan aktiviti seperti itu diadakan di tempat yang bahaya.

"Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?" ujar bapa kepada dua anak.

Tambahnya lagi, pihak sekolah tidak sepatutnya mengadakan solat hajat di tempat yang boleh berlakunya kemalangan.

Seorang ibu kepada pelajar, Marlinda Abd Rahman berkata walaupun tindakan itu mulia tetapi sangat salah.

"Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu?

"Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?" kata Marlinda.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin mengingatkan pihak berkuasa sekolah untuk menganjurkan acara seperti itu di tempat selamat seperti di kompleks lebuhraya.

Shafruddin berkata pihaknya akan memanggil guru yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber dari sekolah mengatakan acara yang dianjurkan itu dalam lawatan ke Kemaman selepas tamat peperiksaan PT3.

Jelasnya, solat hajat itu bukanlah sebahagian daripada rancangan program.

Tags / Kata Kunci: LPT2 , Yasin

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan