Pinjaman Adalah Sebahagian Daripada Proses Perniagaan - Salleh Keruak

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 9:30 PM

Dr Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pinjaman dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian daripada urusan menjalankan perniagaan.

Beliau mengulas catatan dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika 1MDB tidak ditubuhkan dengan itu ia tidak perlu meminjam RM42 bilion.

Salleh turut mempersoalkan penegasan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut didakwa bagi mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Malaysia.

"Dalam cara apa yang perdana menteri telah mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Malaysia? Boleh Dr Mahathir jelaskan? Malangnya tuduhan Dr Mahathir itu tidak menyatakan butiran berkenaan," katanya dalam blog sskeruak.blogspot.com.

Salleh berkata perlu ingat bahawa 1MDB telah membentangkan laporan penuh dalam mesyuarat Kabinet pada Jun tahun ini.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa selepas memberi penjelasan tentang pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang, yang termasuk mencadangkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk membawa masuk tunai, pelan itu telah diluluskan.

"Kemudian, pada bulan berikutnya, Pasukan Petugas Khas telah merampas akaun-akaun dan dokumen-dokumen 1MDB sehingga pelaksanaannya tertangguh, yang sebenarnya dapat memulihkan 1MDB," katanya.

Salleh seterusnya berkata jika perniagaan multi-bilion dapat dijalankan tanpa perlu meminjam wang, dengan itu bank-bank tidak diperlukan dan boleh ditutup.

Menteri itu berkata malah konsesi lebuh raya PLUS North-South Expressway bukan sahaja perlu meminjam wang tetapi juga perlukan geran kerajaan, dan mengenakan caj kepada pengguna tol untuk membayar balik pinjamannya.

"Dan tidakkah Perwaja, sebuah syarikat yang gagal, juga perlu meminjam sejumlah besar wang?" soalnya.

Mengenai 1MDB mendapatkan tanah pada harga murah dan mengaut keuntungan bagi tanah itu, beliau berkata tanah yang belum dibangunkan biasanya lebih murah daripada tanah yang telah mendapat kelulusan perancangan dan infrastruktur telah siap. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pinjaman , perniagaan , 1MDB , Dr Salleh Said Keruak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan