Kementerian Pengangkutan Bincang Dengan SPAD Wajibkan Program Penggredan Bas

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 4:15 PM

Abdul Aziz (kanan) mencuba tempat duduk berciri keselamatan semasa melawat pameran pada persidangan 'ASEAN Road Safety (CARS) 2015', Selasa. Turut kelihatan Pengerusi Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mewajibkan semua syarikat operator bas ekspres melalui program Penggredan Keselamatan Operasi Pengendali Bas: Penarafan Bintang (SSG).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata program berdasarkan penggredan bintang itu berfungsi sebagai penunjuk aras terhadap kualiti perkhidmatan dan keselamatan bas ekspres bagi mengelak kemalangan jalan raya.

"Melalui SSG juga, ia dapat memudahkan pengguna memilih perkhidmatan bas ekspres terbaik mengikut jumlah gred yang diberikan iaitu dari satu hingga lima bintang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Jalan ASEAN 2015 (CARS2015), di sini, Selasa.

Abdul Aziz turut menyampaikan anugerah SSG 2015 kepada lima syarikat operator bas terbaik iaitu Sani Express Sdn Bhd (empat bintang), Syarikat Pengangkutan Maju Berhad (tiga bintang) dan sijil penyertaan bagi Tiara Pesona Sdn Bhd, Handal Indah Sdn Bhd dan Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Sdn Bhd.

Turut hadir Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon, Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Pengerusi Miros Datuk Seri Lee Lam Thye.

Dalam pada itu, Wong berkata Miros melancarkan program SSG pada Julai 2013 dan setakat ini, 23 syarikat operator bas mengikuti program itu secara sukarela.

"Buat masa ini penyertaan program SSG dibuka secara sukarela dan ini merupakan cabaran utama kami dalam memastikan semua bas digred mengikut kelayakan kerana kebanyakan syarikat bas tidak mempunyai keyakinan untuk membuat penilaian terhadap kualiti perkhidmatan mereka sendiri," katanya.

CARS2015 anjuran Miros diadakan buat julung kalinya di Malaysia, bermula pada Selasa hingga 6 November menyaksikan penyertaan lebih 300 pakar pelbagai bidang dari 10 negara termasuk Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Malaysia.

Mengulas mengenai persidangan itu, Abdul Aziz berkata melalui tema 'Safety: Addressing the Bottom Billion', persidangan ini memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang lebih berisiko tinggi untuk terlibat  dalam kemalangan jalan raya.

"Kami memberi fokus yang tinggi terhadap kedua-dua golongan ini kerana kebanyakan mereka menggunakan kereta lama yang kurang ciri keselamatan di samping penunggang motosikal yang sentiasa terdedah dengan bahaya," katanya.

Beliau berkata berdasarkan data Polis Diraja Malaysia 476,196 kes kemalangan jalan raya direkodkan tahun lepas dan 6,674 daripadanya melibatkan kemalangan maut.

"Sebanyak 62.6 peratus kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal dan oleh sebab itu, persidangan ini akan membincangkan pelbagai punca dan langkah penyelesaian secara menyeluruh bagi mengekang masalah ini daripada terus berlaku," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan