Najib Ucap Tahniah Kepada Erdogan Menang Pilihan Raya - Berita Semasa | mStar

Najib Ucap Tahniah Kepada Erdogan Menang Pilihan Raya

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 7:52 AM

Recep Tayyip Erdogan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan atas kemenangan dalam pilihan raya parlimen Turki.

"Tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Turki.

Saya berharap dapat terus memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki," kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam Twitter dan Facebook beliau.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang telah lama menjadi parti dominan  disebut-sebut untuk mengekalkan majoriti di Parlimen pada Ahad.

Parti yang diasaskan oleh Erdogan memperoleh kira-kira 51 peratus undi, dengan lebih 80 peratus daripada undi dikira.

Ia membolehkan parti itu menguasai 325 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 550 kerusi, mengatasi tiga parti pencabar utama, dan mudah meraih majoriti untuk membentuk kerajaan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan